Friday 8 April 2016

Majlis Makan Malam Amal 2016


Akhirnya , Majlis Makan Malam Amal Kisas telah melabuhkan tirainya pada malam 2 April 2016. Terima kasih pada semua pihak yang telah menjayakan program ini dan jumpa lagi di lain masa , InsyaAllah.











        -“Menjalin Interaksi, Melakar Memori”-

Thursday 24 March 2016

Temui FAREAST Di Majlis Makan Malam Amal KISAS 2016

Temui kumpulan nasyid FAREAST Di Majlis Makan Malam Amal KISAS 2016!!!




Sebuah kumpulan nasyid popular tanahair Malaysia yang memartabatkan lagu-lagu berunsurkan tarannum Al-Quran.


Maklumat Program adalah seperti berikut:
Tarikh    : 2 April 2016 (Sabtu)
Tempat  : Dewan Al - Muttaqin wal Muthaqaffin, KISAS
Masa      : 8.00 -10.30 malam



          -“Menjalin Interaksi, Melakar Memori”-


Monday 21 March 2016

Majlis Makan Malam Amal KISAS 2016

                                                     



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk makluman tuan/puan hasil perbincangan dengan pihak PIBG KISAS,ingin memaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Amal KISAS 2016 telah ditukarkan tarikhnya daripada 12 Mac 2016 ke tarikh terbaru iaitu 2 April 2016.

Objektif Majlis Makan Malam Amal KISAS 2016 ini adalah untuk mengutip dana bagi tabung PIBG KISAS ,Dana tersebut akan digunakan bagi menampung kos dan menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan modal insan pelajar-pelajar KISAS supaya pelajar bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga mempunyai daya kepimpinan yang baik.

Maklumat Program adalah seperti berikut:
Tarikh    : 2 April 2016 (Sabtu)
Tempat  : Dewan Al - Muttaqin wal Muthaqaffin, KISAS
Masa      : 8.00 -10.30 malam

Majlis ini akan dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Dr Yusof ' bin Haji Md Noor, Presiden   Universiti Islam Malaysia (UIM). ALKIS/Tuan/puan yang berminat atau ingin maklumat lanjut mengenai program ini bolehlah menghubungi nombor-nombor di dalam poster di bawah. 




-“Menjalin Interaksi, Melakar Memori”-

Salam Takziah

Kami warga KISAS melahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke rahmatullah BONDA kpd salah seorang guru Kisas iaitu Cg Rabaah Adawiyah Bt Haji Mohamad.
Moga Allah merahmati bonda.


Monday 7 March 2016

Perutusan Presiden ALKIS


Assalamu alaikum.
ALKIS merakamkan ucapan setinggi tinggi tahniah kepada Tuan Pengetua, guru-guru serta barisan kepimpinan KISAS khususnya kepada pelajar-pelajar KISAS yang telah menduduki Peperiksaan STPM dan SPM 2015 yang keputusannya telah diumumkan baru-baru ini.
Kejayaan menduduki tangga teratas bagi STPM dan tangga keempat bagi SPM dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara adalah pencapaian yang amat membanggakan.
Pihak ALKIS sama-sama ingin berkongsi kegembiraan atas pencapaian cemerlang ini dan mendoakan semoga semua calon yang berkenaan akan meneruskan kecemerlangan di peringkat pengajian tinggi dan seterusnya ke alam kerjaya.
Wassalam.
Datuk Muhamad Haitamin Ishak
Presiden ALKIS (2016/18)