Monday 21 March 2016

Majlis Makan Malam Amal KISAS 2016

                                                     



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk makluman tuan/puan hasil perbincangan dengan pihak PIBG KISAS,ingin memaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Amal KISAS 2016 telah ditukarkan tarikhnya daripada 12 Mac 2016 ke tarikh terbaru iaitu 2 April 2016.

Objektif Majlis Makan Malam Amal KISAS 2016 ini adalah untuk mengutip dana bagi tabung PIBG KISAS ,Dana tersebut akan digunakan bagi menampung kos dan menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan modal insan pelajar-pelajar KISAS supaya pelajar bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga mempunyai daya kepimpinan yang baik.

Maklumat Program adalah seperti berikut:
Tarikh    : 2 April 2016 (Sabtu)
Tempat  : Dewan Al - Muttaqin wal Muthaqaffin, KISAS
Masa      : 8.00 -10.30 malam

Majlis ini akan dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Dr Yusof ' bin Haji Md Noor, Presiden   Universiti Islam Malaysia (UIM). ALKIS/Tuan/puan yang berminat atau ingin maklumat lanjut mengenai program ini bolehlah menghubungi nombor-nombor di dalam poster di bawah. 




-“Menjalin Interaksi, Melakar Memori”-

No comments:

Post a Comment